ADD PGSRonline TO FAVOURITES
Custom Search

PERMOHONANAN SECARA ONLINE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN 2012

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG BAGI PPPBS 46 DAN 47 TAHUN AMBILAN SEPTEMBER 2011

PROGRAM AMBILAN SEPTEMBER 2011 BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH (PPPBS) DARI LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP) YANG BERUMUR 46 DAN 47 TAHUN SAHAJA

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima kelulusan pelanjutan had umur dari 46 tahun ke 47 tahun bagi mengikuti Program Pensiswazahan Guru PPG daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Program ini bertujuan memberi peluang kepasda Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) meningkatkan kelayakan akademik di samping memenuhi keperluan guru siswazah di sekolah rendah dan menengah.
Sukacita dimaklumkan bahawa program berkenaan telahpun dibuka dan permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang berikut :-
klik untuk permohonan

Makluman lanjut
http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg_khas/permohonan/iklan_ppg_khas.pdf

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)



PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)
A. IKLAN PERMOHONAN
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah(PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri(JPN)/Pejabat Pelajaran Daerah(PPD)/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru(PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)


1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)
Tempoh Pengajian: Empat Tahun
Mod Kursus : Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Program ini dijalankan secara mod Pendidikan Jarak Jauh di Institut Pendidikan Guru(IPG)/Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS). Peserta yang lulus peperiksaan dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda


2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1. Warganegara Malaysia
2.2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah(PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/JPN/PPD/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia
2.3. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac 2011.
2.4. Telah disahkan jawatan.
2.5. Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/ separuh masa/sambilan dengan tajaan KPM.
2.6. Memiliki Diploma Pendidikan/Penguruan atau Sijil Penguruan

3. SYARAT TAMBAHAN
3.1. Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara berterusan lebih daripada 3 tahun
3.2. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
3.3. Mempunyai kesihatan yang baik.
3.4. Mempunyai purata markah laporan prestasi perkhidmatan yang baik bagi 3 tahun yang terkini .

4. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
4.1. Calon yang masih dalam tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib
4.2. Calon yang tidak menamatkan kursus tanpa alasan yang munasabah (Contoh: PGSR/PJJ KPM/OUM).
4.3. Peminjam tegar pinjaman pelajaran Kerajaan.

BIDANG PEENGKHUSUSAN SEKOLAH RENDAH
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina
4. Bahasa Tamil
5. Sains
6. Matematik
7. Kemahiran Hidup
8. Pendidikan Islam
9. Pendidikan Khas
10. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
11. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
12. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
13. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
14. Pendidikan Seni Visual
15. Pendidikan Muzik
16. Pendidikan Bimbingan
17. Pendidikan Pemulihan
18 Pendidikan Awal Kanak-Kanak

BIDANG PEENGKHUSUSAN SEKOLAH MENENGAH
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina
4. Bahasa Tamil
5. Bahasa Arab
6. Sains
7. Sains Sukan
8. Matematik
9. Sejarah
10. Geografi
11. Perakaunan
12. MataPelajaran Vokasional/Aliran Vokasional(MPV/MPAV)
13. Kemahiran Hidup
14. Bimbingan dan Kaunseling
15. Pendidikan Islam
16. Pendidikan Khas
17. Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
18. Pendidikan Seni Visual
19. Pendidikan Muzik

6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
6.1.Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 22 November 2010.
6.2.Calon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut dan meneliti Panduan Permohonan serta memahami tatacara membuat permohonan secara talian.
6.3.Calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja.
6.4.Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan bagi Ambilan 2011 ditutup pada 22 Disember 2010.
8. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p. : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
No. Telefon : 03-88841234/1245/1260 dan
(u.p. : Unit Peningkatan Akademik)
No. Telefon : 03-88841323/1223


Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu Sabah
No. Telefon : 088-236804


Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej
93259 Kuching Sarawak
No. Telefon : 082-258045

PERMOHONAN ATAS TALIAN :
http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg/

Program pensiswazahan guru sekolah gagal capai sasaran

Program pensiswazahan guru sekolah gagal capai sasaran
28/04/2010 6:45pm

KUALA LUMPUR 28 April - Program Pensiswazahan Guru-guru Sekolah Rendah (PGSR) yang dimulakan pada tahun 2008 gagal mencapai sasaran kementerian yang mahu sekurang-kurangnya 50 peratus guru yang menyertai program itu berjaya disiswazahkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, daripada 3,554 guru yang diambil bagi kumpulan pertama untuk program itu, hanya 28.7 peratus sahaja yang berjaya disiswazahkan.

"Faktor kewangan dilihat menjadi punca utama mengapa program ini tidak berjaya mencapai sasaran,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ng Fook Heng di Dewan Negara di sini hari ini.

"Sebagai contoh untuk pengambilan pada 2009, pihak kementerian mensasarkan untuk mengambil kira-kira 3,000 guru bagi program ini, tapi peruntukan yang ada hanya mampu untuk tanggung kos bagi 600 orang guru sahaja,” tambahnya.

Fook Heng dalam soalannya bertanya, adakah PGSR akan diteruskan disebabkan berlakunya kekangan dari segi kos dan berapa kos yang perlu ditanggung oleh Kementerian Pelajaran bagi mensiswazahkan setiap guru dalam program tersebut.

Program PGSR merupakan satu saluran utama untuk guru bukan siswazah meningkatkan taraf pendidikan ke peringkat ijazah pertama, dan menerusi Ijazah yang diperolehi mereka dibolehkan memohon kenaikan pangkat ke DG 41 dan dilantik ke jawatan lebih tinggi. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

Teaching Degree and Online Learning

Education is considered to be the fastest growing areas here and one can become a highly skillful trainer, tutor, administrator, teachers, librarians etc. Teaching job has got various levels of ladders to be climbed and the basic level of job is working as a teacher. One could become a primary school teacher or secondary according to his own choice. With years of experience, they can become the principal of the institution or join the state department.
The heightened competition in the market has opened the doors of many universities offering teachers online degree on various fields of education. Language programs are gearing up due to the globalization of the world. The demand for qualified English teachers is on the rise. The plethora of jobs available abroad encourages the literature students to pursue such courses and become an expert.
E-Learning technology is the new mantra which saves huge amount of money and time. People who are working and willing to pursue their education can take online courses. Almost all the renowned universities offer online programs at an affordable cost. The universities offer campus based learning format and provide classroom sessions according to the convenience of the students. Adult education has seen a tremendous growth and develops highly skillful students preparing them to face the new economic paradigm change. It teaches better way to understand and manage information. Adult learners can enhance their skills and continue their good job on par with their youthful compatriots.
Better educational qualifications are always mooted for better job perspective in any kind of economy. A degree or certification in teaching done online beyond the master's degree can throw a light of performance improvement in their career. The internet has become the hub for information. Almost all the college education degrees are provided online and one can easily improve his competitive nature by this way. Early childhood education plays a vital role in shaping the career. It is the first education given to the child and it must be the best. Hence, the teachers play a crucial role in educating the child. If the seeds are sown in the right way, they can reap the right fruits of success in the future.
A good online degree to teach children will help the teachers to know about the Do's and Dont's in teaching the child. Leadership courses and certificates available online are of immense help to the teachers. A teacher has to be a perfect role model in cultivating all the behavior. A teacher could be inspiring and it is important to cultivate the qualities of leadership in children. This will help them to survive the competitive world. The internet has dramatically changed the face of education by offering online programs and it is better to grab the opportunities soon.

How to Stay Stress Free While Giving Competitive Exams?

There are a large number of students who take part in various competitive exams every year. Some of them easily handle the stress of these exams, while some on the other hand get anxious when thinking about solving the competitive exam question papers. Some students get so anxious and disturbed before competitive exams that they start to spend sleepless nights worrying about the coming exams.
This makes them uneasy and unhealthy. They feel themselves surrounding with a range of negative thoughts. This plays a crucial role in decreasing their performance and they are not able to give their hundred percent effort. These types of students should understand that exams are not as a punishment for them. It is only a way to judge their knowledge and understanding of a particular subject.
If you are one of them who are facing this type of problem, you just need to follow these tips to stay away from the stress while preparing for competitive exam question papers. Don't get over anxious : It would really not help you. It brings you away from your target. During this time, you should think about your previous exams that were handle in a good way by you. It would help you to overcome your fear of giving competitive exam question papers. Always try to be positive.
Meanwhile, you should try to have a conversation to your parents and friends who can advise you properly at this time. Preparing a time table and sticking to it is another necessity for making sure you score well in competitive exams. You should make out the list of all of the material that has to be covered then start to study making a schedule that covers the all required aspects of each and every subject. This will help you to cover the course syllabus early and also give yourself time to revise the material that you have already covered. However, you must also accommodate enough time for recreation as well, in the right balance.
Do mock tests : you must try to perform mock tests periodically, especially in difficult subjects. Balanced diet: A balanced diet and proper sleep go more than just relaxing the body. It also helps you prevent undue stress and help perform better in studies as well as solving competitive exam question papers.
http://ezinearticles.com/?expert=Shefali_Roy

MATLAMAT PGSR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
1. TAJUK
Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) di Institut Pendidikan Guru Ambilan November 2008 – Disember 2012 bagi ambilan pertama.
2. DIKEMUKAKAN OLEH
Unit Kursus Dalam Perkhidmatan, Bahagian Pendidikan Guru
3. TUJUAN
Kertas ini bertujuan memaklumkan kepada ahli mesyuarat pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Bagi Ambilan November 2008.
4. LATAR BELAKANG
Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sedia ada merupakan program khas KPM yang telah dilaksanakan mulai tahun 1999 dan telah ditamatkan ambilannya pada tahun 2006. Program ini melibatkan kerjasama IPTA dengan IPG.
Keputusan Jemaah Menteri pada 12 Julai 2006 berkaitan Memorandum Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia memutuskan ambilan terakhir pelatih seramai 1500 orang dalam Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) penempatan di sekolah menengah adalah pada tahun 2006. Ini bermakna tidak ada pengambilan pelajar PKPG pada tahun 2007. Sehubungan itu, Bahagian Pendidikan Guru telah mencadangkan supaya program pensiswazahan guru sekolah rendah diteruskan di Institut

Pendidikan Guru di bawah Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR).
Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Staf Kementerian Pelajaran bertarikh Februari 2007 telah meluluskan program PGSR di IPG menggunakan mode Kursus Dalam Cuti (KDC) dengan syarat guru mengikuti pengajian di IPG pada cuti semester tanpa meninggalkan sekolah; tempoh pengajian selama 4 tahun; guru terus mendapat gaji penuh; tidak dikenakan yuran pengajian; dan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan di akhir pengajian.
Mesyuarat Hal-hal Profesional pada 22 Jun 2007 telah meluluskan pengisian program PGSR adalah ke arah melahirkan guru siswazah yang mempunyai kemahiran untuk mengajar pelbagai mata pelajaran (generalist).
4.5 Matlamat program PGSR antara lain bertujuan:
4.5.1 Memberi peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) meningkatkan kelayakan akademik ke peringkat ijazah dan seterusnya meningkatkan kerjaya mereka.
4.5.2 Memenuhi keperluan guru siswazah di sekolah menengah dan rendah dalam mata pelajaran kritikal. Mencapai hasrat bahawa 100% guru di sekolah menengah dan 50 % di sekolah rendah seluruh negara adalah terdiri daripada guru-guru siswazah.
4.6 Program PGSR merupakan satu saluran utama untuk guru bukan siswazah meningkatkan taraf pendidikan ke peringkat ijazah pertama. Ijazah yang diperolehi membolehkan mereka memohon kenaikan pangkat ke DG 41 dan dilantik ke jawatan lebih tinggi.

5.0 PERKARA-PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN
5.1 Bidang Pengajian
Sebanyak 17 bidang pengajian yang ditawarkan bagi program ini iaitu:
· Bahasa Melayu
· Bahasa Cina
· Bahasa Tamil
· Bahasa Arab
· Pendidikan Islam
· Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
· Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
· Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
· Pendidikan Pemulihan
· Pendidikan Prasekolah
· Pendidikan Jasmani
· Sains
· Matematik
· Reka Bentuk dan Teknologi
· Pengajian Sosial
· Pendidikan Seni Visual
· Pendidikan Muzik
(Bahasa Inggeris tidak ditawarkan dalam PGSR kerana Kementerian Pelajaran sudah mempunyai program B.ed TESL yang berkolaborasi dengan universiti luar negara)
5.2 Mode
Program PGSR akan dilaksanakan menggunakan Mode Kursus Dalam Cuti (KDC). Mode KDC merupakan latihan yang menerapkan pendekatan pendidikan secara sambilan. Penggunaan mode ini dapat mengelakkan ramai guru meninggalkan sekolah dalam satu masa. Peserta program dikehendaki menghadiri kuliah pada cuti semester persekolahan. Peserta juga akan terus menikmati gaji penuh sepanjang tempoh 4 tahun pengajian.
5.3 Tempoh dan unjuran
Tempoh pengajian bagi menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda adalah selama 4 tahun. Ambilan pertama pada 17 November 2008 dengan unjuran 3000 orang.
5.4 Pusat Pembelajaran
Program ini akan dilaksanakan sepenuhnya di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) kecuali ELTC. Setiap IPG akan menerima
4 hingga 5 kumpulan peserta program.
5.5 Pemindahan Kredit
5.5.1 Pemindahan kredit atau pengecualian kredit diberi kepada peserta program tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).
5.6 Penganugerahan Ijazah
Setelah tamat pengajian, peserta program akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Rendah.
5.7 Yuran Pengajian
Pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah adalah di IPG. Sehubungan itu, peserta program tidak dikenakan sebarang yuran pengajian.
5.8 Tahun Pelaksanaan
Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) akan dilaksanakan mulai 2008.
5.9 Pemilihan Calon
Kriteria pemililhan calon untuk ijazah sarjana muda adalah seperti berikut:
a. Syarat dan kelayakan Am Permohonan
1. Warganegara Malaysia
2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS/PPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 15 November 2008.
4. Telah disahkan dalam jawatan
5. Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa.
6. Memiliki Diploma Perguruan atau Sijil Guru.
7. Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib.
8. Telah membuat pengisytiharan harta tidak melebihi 5 tahun di bawah peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
9. Sihat tubuh badan serta mempunyai kemampuan, keazaman, iltizam dan jati diri untuk mengikuti kursus sehingga tamat pengajian.
b. Kelayakan Akademik Mengikut Bidang Pengajian. Selain daripada syarat dan kelayakan am yang dinyatakan dalam perkara di atas, pemohon mestilah mempunyai kelulusan dalam mata pelajaran peringkat SPM/MCE/SPVM/SPMV dan memiliki Diploma Perguruan/Sijil Guru dalam bidang yang dipohon.
c. Pemohonan adalah secara Dalam Talian dengan melayari internet http://www.meo.gov.my/.

5.10 Kurikulum

5.10.1 Kurikulum Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah menggunakan sepenuhnya kurikulum IPG. Penyediaan kurikulum ini dilaksanakan oleh Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru.
5.10.2 Pensyarah yang mengajar PGSR ini terdiri daripada pensyarah IPG dan mereka akan menghadiri Kursus Induksi Kurikulum anjuran Bahagian Pendidikan Guru.
5.10.3 Jumlah jam kredit untuk bergraduat ialah 133 kredit
5.10.4 Struktur program menetapkan kursus-kursus yang ditawarkan serta jumlah jam kredit dan wajarannya. Program Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian direkabentuk berasaskan konsep ‘generalist” untuk membolehkan seseorang berfungsi sebagai guru yang mempunyai kemahiran untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk diberi pendedahan kepada pendidikan khas.

5.11 Penilaian dan Peperiksaan
5.11.1Penilaian dan peperiksaan bagi pelaksanaan PPGSR adalah diuruskan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan BPG. Setiausaha peperiksaan IPG adalah penyelaras penilaian di peringkat IPG.
5.11.2 Bagi komponen kursus wajib akan diadakan ujian akhir, manakala komponen profesionalisme dan elektif ada peperiksaan dan kerja kursus.
5.11.3 Bagi memastikan kawalan kualiti, tumpuan penilaian bagi program ini adalah kepada peperiksaan. Elemen penilaian berasaskan sekolah juga akan dimasukkan dalam elemen peperiksaan.
5.11.4 Struktur penilaian PGSR akan diperincikan berdasarkan kurikulum PGSR.
5.12 Tenaga Pengajar
5.12.1 Pensyarah yang mengajar PGSR terdiri dari pensyarah
IPG yang berkelayakan dari segi akademik dan pengalaman. Pensyarah akan dibayar elaun semasa cuti.

5.13 Jaminan Kualiti
Bagi memastikan kualiti kursus, langkah-langkah berikut dilaksanakan:
5.13.1 Pembangunan kurikulum dibentuk melalui proses berikut iaitu:
a. Benchmarking dengan beberapa Universiti Luar Negara. Ini adalah kerana IPTA tempatan belum lagi mengeluarkan ijazah sekolah rendah.
b. Merujuk kepada Malaysian Qualification Agency (MQA) berdasarkan panduan yang terdapat dalam Malaysian Quality Framework.
c. Khidmat pakar rujuk dari dekan-dekan IPTA.
d. Menjemput pakar-pakar IPTA tempatan mengikut bidang masing-masing.

5.13.2 Kurikulum kursus diluluskan oleh LAN/MQA.
5.13.3 Pemantauan kualiti kursus berterusan.
5.13.4 Tenaga pengajar terdiri dari pakar rujuk mata pelajaran serta berpengalaman.
5.13.5 Pusat Perkhidmatan pelajar akan dilaksanakan.
5.14 Surat Perjanjian
5.14.1 Surat perjanjian bagi program PGSR disediakan oleh Unit HEP, BPG.
5.14.2 Antara lain, kandungan perjanjian menyatakan bahawa peserta program dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan tidak kurang dari EMPAT tahun.
5.14.3 Bagi kes pelanggaran dan penamatan pengajian, peserta dikehendaki membayar RM 35, 000.00
5.14.4 Surat perjanjian yang telah dilengkapkan perlu dikepilkan bersama buku perkhidmatan, pengesahan jawatan, prestasi, sijil guru dan perlu dimatikan setem.
5.15 Pempatan Guru Setelah Tamat Pengajian
Peserta yang tamat pengajian kekal ditempatkan di sekolah rendah. Peserta dikehendaki menandatangani Surat Aku Janji Penempatan sebelum menerima tawaran program tersebut. Surat aku janji ini mengandungi penyataan bahawa peserta bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah rendah di seluruh negara setelah tamat pengajian.

5.16 Kemudahan ICT
5.16.1 Bagi tujuan pelaksanaan program ini, penggantian komputer baru akan dilaksanakan di IPG.
5.16.2 Kemudahan internet disediakan di IPG.
5.16.3 Pengisian TMK di IPG akan dipertingkatkan
5.17 Pelan Tindakan Bagi Pelaksanaan
Pelan tindakan pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) di Institut Pendidikan Guru bagi ambilan November 2008 adalah seperti dalam Lampiran 1.
5.18 Implikasi Kewangan
Sumber kewangan bagi membiayai Program Khas Pensiswazahan Guru dibiayai di bawah peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).

5.19 Implikasi Perjawatan
Peserta kursus PGSR tidak termasuk dalam jawatan latihan. Ini bermakna mereka akan terus berada dalam sistem persekolahan untuk mengikuti kursus selama 4 tahun.


6.0 SYOR
Kertas ini dibentangkan untuk makluman ahli mesyuarat mengenai pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) di Institut Pendidikan Guru untuk ambilan pertama pada November 2008.

Unit Kursus Dalam Perkhidmatan
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia.