ADD PGSRonline TO FAVOURITES
Custom Search

PERMOHONANAN SECARA ONLINE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN 2012

PGSR

SEJUMLAH 36,695 permohonan diterima daripada guru sekolah rendah bagi mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) yang julung kali dilaksanakan Kementerian Pelajaran menerusi Institut Pendidikan Guru (IPG), bermula November ini.
Bilangan itu bagi memenuhi unjuran 3,000 yang ditetapkan kementerian berkenaan setiap tahun bagi membolehkan guru sekolah rendah memperoleh ijazah perguruan dikendalikan 27 IPG seluruh negara.
Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Kementerian Pelajaran, Datin Asariah Meor Shaharuddin, berkata penawaran program itu membabitkan tempoh pengajian selama empat tahun dengan pengambilan pertama tahun ini akan memulakan pengajian pada 17 November ini.
Katanya, program itu adalah kesinambungan daripada program pensiswazahan guru sedia ada yang sudah dilaksanakan Kementerian Pelajaran bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus guru sekolah rendah memiliki ijazah pada 2010.
“Ini adalah langkah proaktif kementerian menambah bilangan guru siswazah dengan pembiayaan pengajian ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan dilaksanakan dalam cuti persekolahan bagi mengelakkan gangguan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sepanjang tempoh pengajian.
“Modul pembelajaran program dibangunkan IPG mengikut 17 bidang pengajian yang ditawarkan merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Sains, Matematik, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Reka Bentuk dan Teknologi.
“Seterusnya, Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Pemulihan, Pendidikan Prasekolah, Pengajian Sosial dan Pendidikan Seni Visual,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.
Mengulas lanjut Asariah berkata, unjuran pengambilan 3,000 guru ditetapkan pada setiap tahun dengan sasaran 15,000 sepanjang lima pengambilan bermula pada 2008 hingga pengambilan kelima pada 2012.
Katanya, program itu dikhususkan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan bukan siswazah yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pelajaran dan berumur tidak melebihi 45 tahun pada 15 November 2008.
“Syarat lain termasuk calon mestilah sudah disahkan jawatan, tidak berdaftar sebagai pelajar sepenuh masa di mana-mana institusi pengajian tinggi, mempunyai sijil atau diploma perguruan selain bebas daripada tindakan tatatertib.
“Calon yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) sebelum ditempatkan di sekolah rendah ditetapkan di seluruh negara,” katanya.
Sumber Berita : Berita Harian : Oleh : Khairina Yasin